Dapat Anugerah Wira GAZA Najib Sepatutnya Turun Ke Lahad Datu Dan Semporna !!! Tak Nak Jumpa Rakyat Ke

. Selasa, 04 Februari 2014
 Photo: Dapat Anugerah Wira GAZA : Najib Sepatutnya Turun Ke Lahad Datu Dan Semporna...!!! Tak Nak Jumpa Rakyat Ke...????  Sudah beberapa hari peristiwa serangan kumpulan pemberontak Sulu berlaku di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Sehingga ini sudah 28 orang terkorban, 8 anggota keselamatan dan selebihnya kumpulan pemberontak dari Kesultanan Sulu. Walaupun keadaan nampaknya terkawal tetapi langkah berhati-hati tetap diambil dan tujuh batalion tentera sudah pun di hantar ke sana untuk mengawal keadaan.  Di ketika semua orang bercakap mengenai kejadian itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak turun ke Sabah bagi mengetahui lebih dekat apa yang sedang berlaku. Pada hari pertama kejadian, Najib berada di Perlis dan beliau tetap meneruskan program politiknya walaupun ketika itu dilaporkan sudah dua orang anggota keselamatan yang terkorban.Kemudian Najib hanya hadir menyambut ketibaan jenazah anggota keselamatan yang terkorban itu saja di lapangan terbang. Tetapi kini dengan lapan anggota keselamatan sudah terkorban, askar sudah diturunkan dengan kapalterbang tambang murah Air Asia, penduduk di Lahad Datu dan Semporna masih dalam ketakutan, Najib sepatutnya segera turun ke negeri Sabah. Sebagai Perdana Menteri, kehadirannya bukan saja boleh meredakan ketakutan para penduduk tetapi juga memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas.  Sepatutnya ketika berada di Perlis pada hari pertama kejadian lagi, Najib sudah membatalkan sebahagian programnya dan segera terbang di Sabah. Najib tidak harus berlengah dan hanya duduk di Kuala Lumpur memantau keadaan. Beliau kena tunjukkan keprihatinan dan jiwa besarnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau adalah Perdana Menteri. Lebih baik jika turun ke Sabah, beliau dapat membawa isteri, anak-anak dan bakal menantunya sekali. Jika ke konsert Gangnam di Pulau Pinang dan beberapa majlis keramaian sebelum ini, beliau selalu membawa anggota keluarganya itu hadir bersama, inilah masanya beliau menunjukkan keprihatinannya bersama keluarga dalam kejadian sedih bagi rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah pun berlarutan hampir sebulan lamanya. Lagi pula bakal menantu Najib, warga Kazashtan (lupa namanya)itu dilaporkan sebelum ini turut menjalani latihan ketenteraan di England dan inilah masanya beliau menggunakan ilmu latihan ketenteraan yang dipelajarinya itu sekurang-sekurangnya untuk mengawal dan memastikan keselamatan bakal isteri dan bakal ibu serta bapa mertunya jika mereka turun ke Sabah. Itupun jika dirasakan kawalan daripada pasukan keselamatan sedia ada dirasakan tidak mencukupi. Andainya keadaan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna masih tidak mengizinkan, Najib setidak-tidaknya datang ke Kota Kinabalu dan melawat Bilik Gerakan pasukan keselamatan di sana bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pemerontakan Sulu itu. Dengan turun ke Sabah dan membawa anngota keluarganya sekali, tidaklah nanti orang bercakap anggota keluarganya hanya gemar menghadiri majlis keramaian dan pesta-pestaan saja. Lagi pun sekarang mood pilihanraya, kalau mahukann undi lebih dari Sabah, inilah masanya. Walaupun Hishammuddin dan Zahid Hamidi telah turun secara bersama ke Lahad Datu semalam, kehadirannya mereka tidak dirasakan apa-apa, bahkan menjadi bahan persendaan di alam maya. Ini kerana kedua mereka itu dianggap sudah gagal dalam tugas menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara sehingga memandang enteng kehadiran pemberontak Sulu yang menceroboh sebuah kampung di Lahad Datu sejak hampir sebulan lalu. Jika Najib juga gagal turun ke Sabah dalam waktu yang terdekat ini, seluruhnya pentadbiran beliau akan turut dianggap gagal oleh rakyat.

Sudah beberapa hari peristiwa serangan kumpulan pemberontak Sulu berlaku di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Sehingga ini sudah 28 orang terkorban, 8 anggota keselamatan dan selebihnya kumpulan pemberontak dari Kesultanan Sulu. Walaupun keadaan nampaknya terkawal tetapi langkah berhati-hati tetap diambil dan tujuh batalion tentera sudah pun di hantar ke sana untuk mengawal keadaan.

Di ketika semua orang bercakap mengenai kejadian itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak turun ke Sabah bagi mengetahui lebih dekat apa yang sedang berlaku. Pada hari pertama kejadian, Najib berada di Perlis dan beliau tetap meneruskan program politiknya walaupun ketika itu dilaporkan sudah dua orang anggota keselamatan yang terkorban.Kemudian Najib hanya hadir menyambut ketibaan jenazah anggota keselamatan yang terkorban itu saja di lapangan terbang.
Tetapi kini dengan lapan anggota keselamatan sudah terkorban, askar sudah diturunkan dengan kapalterbang tambang murah Air Asia, penduduk di Lahad Datu dan Semporna masih dalam ketakutan, Najib sepatutnya segera turun ke negeri Sabah. Sebagai Perdana Menteri, kehadirannya bukan saja boleh meredakan ketakutan para penduduk tetapi juga memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas.

Sepatutnya ketika berada di Perlis pada hari pertama kejadian lagi, Najib sudah membatalkan sebahagian programnya dan segera terbang di Sabah.
Najib tidak harus berlengah dan hanya duduk di Kuala Lumpur memantau keadaan. Beliau kena tunjukkan keprihatinan dan jiwa besarnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau adalah Perdana Menteri. Lebih baik jika turun ke Sabah, beliau dapat membawa isteri, anak-anak dan bakal menantunya sekali.
Jika ke konsert Gangnam di Pulau Pinang dan beberapa majlis keramaian sebelum ini, beliau selalu membawa anggota keluarganya itu hadir bersama, inilah masanya beliau menunjukkan keprihatinannya bersama keluarga dalam kejadian sedih bagi rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah pun berlarutan hampir sebulan lamanya.
Lagi pula bakal menantu Najib, warga Kazashtan (lupa namanya)itu dilaporkan sebelum ini turut menjalani latihan ketenteraan di England dan inilah masanya beliau menggunakan ilmu latihan ketenteraan yang dipelajarinya itu sekurang-sekurangnya untuk mengawal dan memastikan keselamatan bakal isteri dan bakal ibu serta bapa mertunya jika mereka turun ke Sabah. Itupun jika dirasakan kawalan daripada pasukan keselamatan sedia ada dirasakan tidak mencukupi.
Andainya keadaan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna masih tidak mengizinkan, Najib setidak-tidaknya datang ke Kota Kinabalu dan melawat Bilik Gerakan pasukan keselamatan di sana bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pemerontakan Sulu itu.
Dengan turun ke Sabah dan membawa anngota keluarganya sekali, tidaklah nanti orang bercakap anggota keluarganya hanya gemar menghadiri majlis keramaian dan pesta-pestaan saja. Lagi pun sekarang mood pilihanraya, kalau mahukann undi lebih dari Sabah, inilah masanya.
Walaupun Hishammuddin dan Zahid Hamidi telah turun secara bersama ke Lahad Datu semalam, kehadirannya mereka tidak dirasakan apa-apa, bahkan menjadi bahan persendaan di alam maya. Ini kerana kedua mereka itu dianggap sudah gagal dalam tugas menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara sehingga memandang enteng kehadiran pemberontak Sulu yang menceroboh sebuah kampung di Lahad Datu sejak hampir sebulan lalu.
Jika Najib juga gagal turun ke Sabah dalam waktu yang terdekat ini, seluruhnya pentadbiran beliau akan turut dianggap gagal oleh rakyat.

0 komentar: