Bront Palarae Enggan Komen Tentang Kahwin

. Kamis, 27 Februari 2014
Bront Palarae Enggan Komen Tentang Kahwin

Menurut akhbar Utusan Malaysia, Bront Palarae telah selamat bernikah dengan sekali lafaz bersama seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya pada 31 Ogos lalu. Namun, identiti isterinya masih dirahsiakan. Berita pernikahan pelakon ini hanya disiarkan tanpa sebarang foto di akhbar tersebut.

Namun ketika dihubungi, Bront enggan mengulas lanjut mengenai isu ini. Sedikit sebanyak tindakannya menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar sudah bernikah atau hal ini hanya gosip semata-mata.

“Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini,” ujar Bront mengulas tentang berita pernikahannya itu.

Bront turut menambah yang ini merupakan kali kedua dirinya didakwa telah berkahwin. Malah kata Bront, pada tarikh tersebut dia berada di berada di sebuah konti radio atas urusan kerja.

“Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut,” katanya.

Menurut Utusan Malaysia lagi, majlis pernikahan Bront berlangsung di Taman Tun Dr. Ismail selepas waktu Asar dan hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat. - Gua

0 komentar: