Tampilkan postingan dengan label dapat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dapat. Tampilkan semua postingan
Farah Fauzana Telan Ubat Tidur Sampai Dapat Memo Dari HotFM!
Label: dapat, dari, farah, fauzana, hotfm!, memo, sampai, telan, tidur, ubat“Ni pertama kali. Jangan risau, saya tak akan dapat memo lagi lepas ni (ketawa)”, itu kata Fara Fauzana aka Fafau sekaligus mengesahkan baru-baru ini dia menerima memo daripada majikannya pada Selasa lalu.
Semuanya gara-gara ubat tidur yang diambilnya menyebabkan dia secara tak sengaja, tidak datang bertugas di konti pada pagi itu.
Fafau berkata, sejak malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH12) yang berlangsung pada malam Ahad lepas, menyebabkan dia berasa tidak sihat akibat kepenatan. Lalu pada pada hari Isninnya dia pergi ke farmasi untuk mengambil ubat selesema. Selepas memakan ubat tersebut dia terus dapat tidur lena sehingga terlajak.
“Isnin tu, saya ke farmasi. Saya minta ubat selesema. Orang farmasi tu tanya pada saya, berapa jam saya nak tidur? Saya kata, dalam lapan jam. Jadi dia berikan saya pil dan mengingatkan saya supaya tidak makan sebiji tetapi hanya perlu mengambil suku daripada pil itu. Jadi lepas makan ubat tu, jam 1 petang saya tertidur.
“Bila saya bangun saya ingatkan dah malam. Rupanya dah pagi Selasa, jam 10 pagi. Sudahnya, saya tak masuk konti dan hari tu juga saya dapat memo. Pihak pengurusan memang tegas. Tak kiralah siapa pun, kalau tak masuk kerja seperti yang ditetapkan, mereka terus bagi memo”, kata Pengacara TV Popular ABPBH2012 ini sambil tertawa mengenangkan peristiwa itu.
Fafau yang ditemui majlis sidang media Teater Nyonya & The Gang diminta menjelaskan mengenai tulisan di Twitternya pada Selasa lalu yang mengatakan dia mendapat memo, sehinggakan ramai peminatnya terkejut dan tertanya-tanya sama ada ia benar atau hanya gurauannya.
Dalam pada itu, bercerita mengenai penglibatannya dalam Nyonya & The Gang, ini merupakan kali pertama Fafau bakal berlakon teater di Panggung Sari, Istana Budaya. Sekaligus tawaran tersebut dilihat sebagai satu peluang yang tak mungkin boleh dilepaskan begitu saja.
“Saya fikir, kalau saya tak buat sekarang, bila lagi saya nak buat teater di Istana Budaya”, katanya.
Meskipun sebelum ini dia pernah menjayakan teater nukilan dramatis Wisran Hadi itu, namun Fafau mengakui cabaran kali ini lebih besar.
Selain perlu fasih berdialog dengan lenggok bahasa Indonesia, dia perlu memastikan kemantapan lakonannya sebaris dengan nama-nama besar yang tidak asing lagi dengan dunia teater seperti Amy Mastura, Misha Omar, Taiyuddin Bakar dan Mardiana Alwi yang turut membintangi teater arahan Rosminah Mohd Tahir ini.
“Saya pernah jayakan Nyonya di Matic pada 2011. Terus terang, saya memang tak suka bahasa Indonesia. Tapi teater ni memerlukan kita bertutur dalam bahasa Indonesia. Jadi untuk berlakon, saya perlu juga memastikan lenggok gaya percakapan saya tu betul. Macam pengalaman lalu, saya terbawa-bawa juga percakapan saya hingga ke luar pentas, misalnya di konti saya bercakap dalam lenggok Indonesia.
“Selain tu cabaran besar kali ini semesti berlakon di pentas yang lebih besar. Tekanan tu ada. Tambah-tambah saya bergandingan dengan nama besar macam Misha Omar dan Amy Mastura. Jadi saya perlu pastikan lakonan saya sama level dengan mereka. Tapi saya percaya dengan bimbingan dan tunjuk ajar prengarah, saya boleh lakukan yang terbaik!”, katanya penuh yakin.
Diarahkan oleh Rosminah Mohd Sidik, teater ini turut menampilkan pelakon seksi lagi jelita Rozita Che Wan. Dipentaskan buat kali keenam, Teater Nyonya & The Gang mengisahkan seorang isteri yang terpaksa menjual satu-persatu barang antiknya kepada Tuan (lakonan Tayuddin). Daripada bertukar barang hinggalah ‘menjual orang’.
Teater ini bakal dipentaskan pada 14 hingga 20 Jun 2013. Maklumat lanjut boleh menghubungi 017-200 4249, 03-6168 6592 atau mendapatkan tiket, boleh menghubungi 03-8775 4666. –malaysiandigest
Dapat Anugerah Wira GAZA Najib Sepatutnya Turun Ke Lahad Datu Dan Semporna !!! Tak Nak Jumpa Rakyat Ke
Label: !!!, anugerah, dan, dapat, datu, gaza, jumpa, ke, lahad, najib, nak, rakyat, semporna, sepatutnya, tak, turun, wira
Sudah beberapa hari peristiwa serangan kumpulan pemberontak Sulu berlaku di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Sehingga ini sudah 28 orang terkorban, 8 anggota keselamatan dan selebihnya kumpulan pemberontak dari Kesultanan Sulu. Walaupun keadaan nampaknya terkawal tetapi langkah berhati-hati tetap diambil dan tujuh batalion tentera sudah pun di hantar ke sana untuk mengawal keadaan.
Di ketika semua orang bercakap mengenai kejadian itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak turun ke Sabah bagi mengetahui lebih dekat apa yang sedang berlaku. Pada hari pertama kejadian, Najib berada di Perlis dan beliau tetap meneruskan program politiknya walaupun ketika itu dilaporkan sudah dua orang anggota keselamatan yang terkorban.Kemudian Najib hanya hadir menyambut ketibaan jenazah anggota keselamatan yang terkorban itu saja di lapangan terbang.
Tetapi kini dengan lapan anggota keselamatan sudah terkorban, askar sudah diturunkan dengan kapalterbang tambang murah Air Asia, penduduk di Lahad Datu dan Semporna masih dalam ketakutan, Najib sepatutnya segera turun ke negeri Sabah. Sebagai Perdana Menteri, kehadirannya bukan saja boleh meredakan ketakutan para penduduk tetapi juga memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas.
Sepatutnya ketika berada di Perlis pada hari pertama kejadian lagi, Najib sudah membatalkan sebahagian programnya dan segera terbang di Sabah.
Najib tidak harus berlengah dan hanya duduk di Kuala Lumpur memantau keadaan. Beliau kena tunjukkan keprihatinan dan jiwa besarnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau adalah Perdana Menteri. Lebih baik jika turun ke Sabah, beliau dapat membawa isteri, anak-anak dan bakal menantunya sekali.
Jika ke konsert Gangnam di Pulau Pinang dan beberapa majlis keramaian sebelum ini, beliau selalu membawa anggota keluarganya itu hadir bersama, inilah masanya beliau menunjukkan keprihatinannya bersama keluarga dalam kejadian sedih bagi rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah pun berlarutan hampir sebulan lamanya.
Lagi pula bakal menantu Najib, warga Kazashtan (lupa namanya)itu dilaporkan sebelum ini turut menjalani latihan ketenteraan di England dan inilah masanya beliau menggunakan ilmu latihan ketenteraan yang dipelajarinya itu sekurang-sekurangnya untuk mengawal dan memastikan keselamatan bakal isteri dan bakal ibu serta bapa mertunya jika mereka turun ke Sabah. Itupun jika dirasakan kawalan daripada pasukan keselamatan sedia ada dirasakan tidak mencukupi.
Andainya keadaan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna masih tidak mengizinkan, Najib setidak-tidaknya datang ke Kota Kinabalu dan melawat Bilik Gerakan pasukan keselamatan di sana bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pemerontakan Sulu itu.
Dengan turun ke Sabah dan membawa anngota keluarganya sekali, tidaklah nanti orang bercakap anggota keluarganya hanya gemar menghadiri majlis keramaian dan pesta-pestaan saja. Lagi pun sekarang mood pilihanraya, kalau mahukann undi lebih dari Sabah, inilah masanya.
Walaupun Hishammuddin dan Zahid Hamidi telah turun secara bersama ke Lahad Datu semalam, kehadirannya mereka tidak dirasakan apa-apa, bahkan menjadi bahan persendaan di alam maya. Ini kerana kedua mereka itu dianggap sudah gagal dalam tugas menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara sehingga memandang enteng kehadiran pemberontak Sulu yang menceroboh sebuah kampung di Lahad Datu sejak hampir sebulan lalu.
Jika Najib juga gagal turun ke Sabah dalam waktu yang terdekat ini, seluruhnya pentadbiran beliau akan turut dianggap gagal oleh rakyat.