Tampilkan postingan dengan label tingkat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tingkat. Tampilkan semua postingan
Wanita Ditemui Mati Dicampak Kekasih Dari Tingkat Sembilan
Label: dari, dicampak, ditemui, kekasih, mati, sembilan, tingkat, wanita
Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Semalam, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.
“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.
“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.
Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – myMetro Online
Campak 2 anak dari tingkat 6
Label: 2, 6, anak, campak, dari, tingkat tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

Marco Turrini mencampak bayi perempuannya - berusia 14 bulan - dan anak lelaki berusia empat tahun dari tingkat enam rumah mereka di Brescia, Lombardy, di utara Itali.
Saksi berkata, sebelum itu Turrini, 41, bertengkar dengan isterinya.
Sumber polis berkata, selepas mencampak anaknya ke bawah, bekas kakitangan pengiklanan yang kehilangan kerja 18 bulan lalu itu turut cuba menolak isterinya ke luar.
Selepas gagal, katanya, Turrini melompat dari tingkat enam apartmen berkenaan dan mati di tempat kejadian.
“Dua anak Turrini masih hidup selepas terhempas ke bawah, tetapi gagal diselamatkan kerana cedera parah,” katanya. myMetro
Sumber itu berkata, isteri Turrini bekerja sebagai jururawat dan berselisih faham dengan lelaki terbabit.
“Wanita itu kini dirawat di hospital kerana terkejut,” katanya.
Turrini tidak mempunyai sebarang rekod keganasan atau jenayah, tetapi dilaporkan semakin tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan lain.
Jiran berkata, keadaan dirinya yang menganggur juga menyebabkan dia bimbang kehilangan isteri dan kediaman mereka apabila keadaan ekonomi mereka semakin parah.
Saksi, Elisabetta, berkata dia terdengar jeritan dan bergegas ke jalan di tingkat bawah apartmen berkenaan untuk melihat apa berlaku.
Di situ, katanya, dia melihat dua anak Turrini berlumuran darah dan masih bernafas, tetapi degup jantungnya sangat lemah.
Sepupu Turrini pula berkata, lelaki terbabit pernah cuba membunuh diri setahun lalu dengan menggantung dirinya. - DM