Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Wanita Ditemui Mati Dicampak Kekasih Dari Tingkat Sembilan

. Sabtu, 22 Februari 2014
0 komentar

Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Semalam, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – myMetro Online
Read More..

Penculik dan Pemerkosa mati gantung diri

. Rabu, 12 Februari 2014
0 komentar
This Aug. 1, 2013 file photo shows Ariel Castro in the courtroom during the sentencing phase in Cleveland 
 Ariel Castro 
CLEVELAND - Ariel Castro, penjenayah,  penculik dan pemerkosa kejam ditemui meninggal pada Selasa 3 sep 2013 malam. Ariel ditemui tergantung di selnya dalam usia 53 tahun.
Pada 1 Ogos 2013, Castro telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ditambah 1,000 tahun penjara kerana menculik dan memperkosa Amanda Berry, Michelle Knight dan Gina DeJesus. Castro juga terbukti bersalah menahan tiga mangsanya selama lebih dari satu dekade di kediamannya di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Castro mengaku bersalah atas 937 tuduhan, termasuk pembunuhan dan penculikan. Hukuman tersebut sebagai ganti dari tuntutan mati.
Selama perbicaraan, Castro membantah melakukan perbuatan kasar dan berkeras bahawa semua perbuatan yang bersangkutan seks dengan mangsanya adalah atas dasar suka sama suka. "Aku bukan orang yang kejam," kata Castro.

Ketiga wanita yang menjadi korban kejahatan Castro menghilang secara terpisah  . Mereka melarikan diri pada 6 Mei. Ia bermula dengan salah seorang wanita memecahkan sebahagian dari pintu rumah Castro dan berteriak kepada jiran untuk membantu. Castro ditangkap pada malam yang sama.

Joellen Smith, dari Jabatan Koreksi Ohio, mengatakan Castro ditemukan tergantung di sel penjaranya, Ohio, sekitar pukul 09:20, Selasa  2/9/2013 .
Meskipun staf perubatan penjara melakukan langkah-langkah penyelamat   , namun nyawanya tidak dapat diselamatkan dan Castro dinyatakan meninggal di Ohio State University Wexner Medical Center.

Ketika kematiannya, Castro diasingkan dari tahanan lain untuk perlindungan sendiri. Hingga kini Polis  Ohio masih menyiasat kematiannya
 
Read More..