Pemilik Taska Dera Kanak Kanak Di Taman Melati Serah Diri
Sabtu lalu, SiakapKeli ada menyiarkan video memaparkan kanak-kanak ditengking dan dipukul di sebuah taska.
Susulan video tersebut yang menjadi viral hingga disiarkan dalam Buletin Utama, pemilik Taska Permata Harapan di Taman Melati, Gombak telah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, 10.30 pagi tadi.
Hal ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang turut memaklumkan, wanita berkenaan akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok.
Kes dera di taska berkenaan terbongkar selepas seorang bapa berjaya merakam kejadian tersebut apabila meletakkan kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya.
Rakaman berkenaan dibuat pada 18 Oktober 2013 oleh seseorang dikenali sebagai Mohamad yang menunjukkannya kepada seorang ibu yang menghantar anaknya ke sana.
Si ibu berkenaan kemudiannya membuat laporan polis hingga membawa kepada siasatan lanjut pihak berkuasa.
Dalam pada itu, pembongkaran kes dera di taska berkenaan di internet termasuk di laman sosial dan forum menyaksikan ada ibu bapa lain tampil berkongsi pengalaman menghantar anak mereka ke sana.
Salah seorangnya dikenali sebagai Melati mendakwa, anaknya pernah mengalami lebam selepas dihantar ke sana, dua tahun lalu.
Apabila ditanya pemilik taska dikenali sebagai Kak Ita memberi alasan anaknya mungkin terkena demam campak namun selepas diperiksa, doktor mengesyaki anaknya didera.
Dia kemudiannya membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tiada tindakan diambil sampai ke hari ini. - REM RAMZI
0 komentar:
Posting Komentar