Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Hina Islam dalam Facebook
Label: dalam, facebook, hina, islam
Sebahagian kata-kata penulis yang didakwa menghina Islam.AMPANG - Ketika umat Islam menyambut Ramadan dengan melakukan ibadah, seorang pesara tentera dikejutkan dengan kata-kata penghinaan terhadap Islam dalam Facebook, semalam.
Halil Rahman berkata, dia terkejut apabila terbaca kata-kata penghinaan terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari Facebook.
Menurutnya, kata-kata yang dilemparkan tidak dapat diterima kerana hinaan penulis itu boleh membawa ketegangan.
“Penulis tersebut sepatutnya diambil tindakan dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya.
Bank Islam Sasar 150 Cawangan Baru
Label: 150, bank, baru, cawangan, islam, sasar
KOTA BHARU – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyasarkan memiliki 150 cawangan di seluruh negara menjelang 2015 berbanding 131 cawangan sekarang.
Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat berkata bank tersebut akan membuka lima cawangan baharu sebelum akhir tahun ini, masing-masing di Kota Bharu di sini, Sungai Petani, Kedah; Senawang, Negeri Sembilan; KL Sentral dan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur.
“Pembukaan setiap cawangan baharu itu menelan belanja sebanyak RM1 juta dan kami akan memastikan mendapat pulangan modal dalam tempoh 18 bulan mulai tarikh ia mula beroperasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Timur bank tersebut, di sini hari ini.
Sementara itu, Zukri berkata Bank Islam menyediakan 1,000 unit tabung untuk diagihkan kepada masjid terpilih di seluruh negara bagi memudahkan jemaah memberi sedekah secara lebih sistematik.
“Tabung ini akan diagihkan kepada masjid yang mempunyai akaun bersama Bank Islam dan kos pembuatan dianggarkan RM150 setiap unit,” katanya.
Beliau berkata pengagihan tabung tersebut merupakan peringkat pertama untuk tahun ini, dan peringkat seterusnya akan dilakukan pada 2014 dan 2015.
“Pengenalan tabung ini dibuat di Kelantan, dan hari ini Bank Islam menyumbang 200 unit tabung tersebut,” katanya.
Pada majlis itu Bank Islam turut menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sebanyak RM 10,000 kepada Universiti Teknologi Mara Kelantan. – BERNAMA