Tampilkan postingan dengan label bakal. Tampilkan semua postingan

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet
Label: bajet, bakal, di, hotel, kantoi, pengantinTidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.
“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.
“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.
-Harian Metro

Waheeda Bakal Kembali Ke Dalam Dunia Hiburan
Label: bakal, dalam, dunia, hiburan, ke, kembali, waheedaWaheeda Bakal Kembali Ke Dalam Dunia Hiburan - KUALA LUMPUR : Penyanyi yang popular dengan lagu Wasinni, Waheeda bakal kembali aktif di dalam dunia seni selepas mendapat izin daripada suaminya, Akhil Hayy.
Namun, Waheeda bukannya kembali sebagai penyanyi, sebaliknya sebagai komposer dan pencipta lirik.
Dalam temubual bersama portal Murai.com, suaminya, Akhil berkata, penglibatan isterinya dalam bidang itu lebih menjurus kepada aktiviti belakang tabir.
“Isteri saya bukannya bakal menyanyi semula. Dia hanya mencipta lagu dan membuat lirik saja.
“Dia telah pun memberikan dua buah lagu kepada saya hasil ciptaan sepenuhnya untuk album terbaru saya.
“Lagu yang pertama berjudul Irfizunubi dan lagi kedua Subhanakh,” katanya.
Tambahnya, sebagai suami, dia tidak sampai hati membiarkan Waheeda duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktivit apatah lagi menyekat minatnya dalam bidang muzik.
“Takkanlah saya nak biarkan Waheeda duduk diam saja.
“Kebetulan, kedua-dua lagu ini telah disimpan lama. Dia teringin juga lagunya dinyanyikan oleh orang lain.
“Jadi, saya fikir kenapa tidak berikan dia peluang seperti itu,” ujarnya. – MyNewsHub