Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Pemimpin Umno Serang Astro Kerana Siarkan Cabaran Debat Ke Atas Najib Secara Langsung
Label: astro, atas, cabaran, debat, ke, kerana, langsung, najib, pemimpin, secara, serang, siarkan, umno24 Mei, 2012
Posted by Addinat 5/24/2012

KUALA LUMPUR - Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera. Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.
Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.
Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.
Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.
Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik. Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.
Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung. ~sinarharian
Nenek tidur dengan suami atas permintaan isteri
Label: atas, dengan, isteri, nenek, permintaan, suami, tidur
Janette membuka sampul surat. Di dalamnya ada tertulisan : “Terima kasih kerana tidur dengan suamiku. Tanpa kamu, aku tidak akan tahu kebenaran.” Ini bukan pertama kalinya Janette menerima ucapan selamat untuk tidur dengan suami dari wanita yang tidak pernah bertemu.
Nenek 45 tahun dan ibu dari empat anak adalah seorang honey trapped (penjebak madu) yang dibayar tinggi oleh pelanggan yang menyewanya untuk menyelidiki dan membuktikkan apakah seorang suami atau teman lelaki mereka curang atau tidak.
Dalam 12 bulan terakhir dia telah memerangkap lebih dari 60 lelaki dan tidur dengan 15 dari mereka - semua atas permintaan isteri mereka.
Janette mengatakan: “Itu tugas saya untuk membuktikan kalau suami atau teman lelaki mereka adalah penipu."
“Jika mereka ingin bukti utama, mereka akan meminta saya untuk mengambil semua jalan dan tidur dengan laki-laki mereka."
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan merasa saya membantu para wanita lain untuk menangkap kecurangan suami mereka. Setelah melihat bukti, isteri-isteri itu selalu mengirimkan surat terima kasih.
“Tingkat keberhasilan saya sebagai penjebak-madu adalah 100 % berhasil. Aku belum pernah gagal untuk mendapatkan walaupun setakat ciuman.Aku mungkin dibayar untuk tidur dengan seorang lelaki, tapi saya sama sekali bukan pelacur."
“Ini adalah tanggung jawab saya untuk mengetahui apakah seorang lelaki akan berlaku curang. Jika perlu tidur dengan dia untuk melakukan itu, maka itu hanyalah sebahagian dari pekerjaan saya dan menjadi tugas saya untyk tidak membiarkan orang yang berlaku curang ini terlepas begitu sahaja“
Janette bekerja untuk agensi penjebak madu dan telah menerima lebih dari £ 50,000 sejak menjadi apa yang dikenal dalam industri ini sebagai relation surveillance operative tahun lalu. - Borakkosong